Umum tahu, Perintah Kawalan Pergerakan (PRK) yang diperkenalkan Isnin lalu memaksa ramai individu untuk bekerja dari rumah sehingga 31 Mac ini bagi membendung penu laran wa bak Covid-19.
Namun, ada juga yang kurang bernasib baik apabila terpaksa hilang punca pendapatan sepanjang tempoh PKP tersebut. Bagi mereka yang tinggal di rumah sewa pastinya terkesan untuk membayar sewa rumah apabila hilang mata pencariannya.
Perkara tersebut telah tvlar di Facebook paparan WhatsApp seorang lelaki yang memohon penangguhan bayaran sewa bilik memandangkan syarikat tempat dia bekerja berhenti beroperasi sepanjang tempoh perintah berkenaan sekali gus menjejaskan mata pencariannya.
“Salam Tuan Zarul saya minta maaf sangat-sangat dan meminta jasa baik Tuan Zarul untuk penangguhan pembayaran sewa bilik pada hujung bulan Mac 2020 ini.
“Ini disebabkan company saya kerja tutup 18 Mac sehingga 31 Mac 2020, jadi saya hilang punca mata pencarian keluarga saya tuan,” tulis lelaki itu.
Dia berjanji untuk berikhtiar dan mencari jalan demi melunaskan bayaran berkenaan secepat mungkin.
Memahami saat-saat getir dihadapi pemuda itu serta seluruh rakyat Malaysia yang lain, pemilik rumah berkenaan yang dikenali sebagai Tuan Zarul turut memberi kelonggaran kepadanya.
“It’s OK tuan, janji tuan dah berusaha serta dah maklumkan saya pasal masalah tuan awal-awal.
“Dan bulan ni tuan bayar ikut mana tuan mampu je seikhlas hati tuan. RM10 pun saya terima.
“Semoga Allah permudahkan urusan tuan untuk menanggung keluarga mak ayah di kampung.
“Doakan supaya Allah permudahkan juga urusan saya ya, InsyaAllah saya senang semua orang sekeliling saya juga saya akan pastikan mereka senang,” tulis Zarul membalas WhatsApp pemuda itu.
Posting yang dikongsi di grup Facebook Rumah/Bilik Sewa Kuala Lumpur Dan Selangor itu sehingga kini menerima hampir 1,000 tanda suka dan pelbagai respond dari pengguna facebook.
Sumber: Mstar
Leave a Reply Cancel reply