“Bosan Sangat Suami I Ni Sampai Hari-Hari Mission Dia Batalkan Wuduk Orang” – Eyra Hazali

Pelakon Eyra Hazali telah mendirikan rumah tangganya dengan jejaka pilihan hatinya iaitu penjaga gol Johor Darul Ta’zim, Muhammad Haziq Nadzli pada 1 November 2019 selepas dua tahun berkenalan. Eyra kini sedang hamil anak pertama.

Terbaharu, Eyra telah berkongsi saat manis bersama suami Haziq Nadzli  ketika mereka sedang menjalani tempoh Perintah Kawalan Pergerakan (PKP).

Perkara itu dikongsikan Eyra atau nama sebenarnya Hazirah Qasdina Hazali melalui laman sosial Twitter miliknya dimana dia bercerita mengenai wuduk atau air sembahyang.

“Bosan sangat suami I ni sampai hari-hari mission dia batalkan wuduk orang. Solat lima minit boleh jadi lima jam. Kecut dah jari-jari semua kalau hari-hari macam ni,” tulis Eyra di twitternya.

Perkongsian Eyra itu telah mendapat pelbagai respond dari kalangan warga twitter. Rata- rata pengikutnya itu terhibur dengan gelagat pasangan serasi ini.

“Solat jemaah dengan suami mesti dia tak nak batalkan wuduk dah. Sebab dia pun mesti akan terbatal juga. Hehe,” balas seorang netizen.

“Solusinya kene ambil wuduk sama-sama guna tandas yang berbeza, jangan keluar tandas selagi your husband tak keluar,” cadang seorang wargamaya pula.

“Untunglah kuarantin dengan suami. Akak ni kuarantin kucing je teman,” usik seorang netizen pula.

“Haih, kita ni wuduk batal sebab kentut ja,” luah seorang warganet pula.

Sehingga kini, entri terbabit mendapat lebih 6,600 ulang kicau dan lebih 20,500 tanda suka.

 

 

Sumber: Gempak, Twitter EyraHazali21, Ig Eyra Hazali

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*