Pelakon Ardell Aryana atau nama sebenarnya Nurul Hidayah Mohd Amin telah selamat mendirikan rumah tangganya dengan pelakon Nadzmi Adhwa pada 1 September 2019 lalu dalam satu majlis sederhana yang diadakan di Seri Kembangan. Hasil perkongsian hidup, Ardell kini sedang hamil zuriat pertama.
Terbaharu, Ardell telah mencur1 perhatian ramai apabila memuat naik video sedang menikmati nanas di laman instagram miliknya beserta kapsyen di bawah:
“Cuma buat potongan seni sikit , 3 bahan ini sahaja boleh buat korang “Ngencesss”
Uuuuuiiihh!!! Tengok resepi makan pineapple ni. Full video boleh click je link YouTube di profile saya , inshaallah tak menyesal . Khas buat Followers 1.2M yang tengah keboringan , boleh add on dalam menu “ Tempoh berkurung “ korang . Selamat mencuba #stayathome and try this Mudah, Sedap, Menyegarkan, ikut cara yang betul kat ok . #alhamdulillah pasni habis nenas di kebun . Oh jangan lupa 11:30 sebentar lagi kat tv3 tengok sy memasak ok dalam rancangan #masakapatu . Boleh tengok ikan siakap sy putus ekor .”
Walaubagaimanapun, terdapat segelintir netizen meluahkan kebimbangan di ruangan komen melihat video Ardell dan menyifatkan buah nanas ‘tajam’ untuk kandungan.
Namun begitu, Ardell menjawab pertanyaan netizen dengan baik dan menjelaskan dia sudah mendapatkan nasihat doktor.
Sumber: Ig ardellaryana
Leave a Reply Cancel reply