Cov1d-19: Tolonglah, Jangan Balik Kampung. Duduk Sahaja Di Rumah!

Tindakan balik kampung atau bercuti dalam negeri untuk tempoh dua minggu ini hanya akan mengagalkan langkah kerajaan menguatkuasakan Perintah Kawalan Pergerakan bagi membendung penu1aran Cov1d-19, kata pakar.

Menerusi laman sosial Twitter, pakar kawalan peny4kit berj4ngk1t, Prof Dr Adeeba Kamarulzaman meminta agar orang ramai duduk di rumah dan tidak ke mana-mana sepanjang tempoh tersebut.

“Tidak, jawabannya ialah tidak. Kekal di mana anda berada.

“Tujuan utama arahan yang dikeluarkan ini ialah mengehadkan sebarang pergerakan, meminumumkan kontak dalam kalangan orang ramai yang boleh menyebarkan v1rus,” tulisnya menerusi satu kicauan.

Adeeba yang juga dekan Fakulti Perubatan Universiti Malaya berbuat demikian sewaktu menjawab persoalan yang dinyatakan kepada Astro Awani sama ada wajar untuk orang ramai pulang ke kampung semasa tempoh Perintah Larangan Pergerakan berkuat kuasa.

Perintah yang akan dilaksanakan mulai esok sehingga 31 Mac itu turut membabitkan penutupan sekolah serta pusat pengajian tinggi kerajaan dan swasta.

Malah, semua premis kerajaan dan swasta kecuali yang terlibat dengan perkhidmatan penting negara juga akan ditutup sehingga tarikh yang dimaklumkan.

Tindakan itu menyebabkan pelajar pula tidak perlu ke sekolah manakala ramai yang tidak boleh bekerja.

Sementara itu, seorang bekas pegawai pervbatan, Dr Amar Singh HSS, berkata pelaksanaan Perintah Larangan Pergerakan tidak sepatutnya dimanfaatkan sebagai waktu untuk bercuti.

Selain itu, dia turut meminta orang ramai untuk tidak melakukan pembelian pan1k kerana ia hanya akan meningkatkan risiko untuk mereka dij4ngk1ti Covid-19

“Ini berb4haya. Ia membantu penyebaran koronav1rus. Hentikan pembelian pan1k,” katanya melalui Twitter.

 

Sumber: Malaysiakini via Gempak

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*