“Semoga Kak BCL Pun Segera Berhijrah…” – Dida Sinclair Kongsi Koleksi Pashmina Jenama BCL, Peminat Sokong!

Ibu kepada allahy4rh4m Ashraf Sinclair, Dida Sinclair atau nama sebenarnya Khadijah Abdul Rahman berkongsi satu entri tentang tudung berjenama BCL milik menantunya Bunga Cinta Lestari.

Berkongsi koleksi pashmina yang dimilikinya dengan hashtag #rumahbcl, #koleksiUmi dan #hijabwithlove, ramai peminat yang bertanyakan tentang tudung tersebut.

 

Tulis Dida di ruangan komen pada entri tersebut, idea untuk perniagaa itu bermula sebelum Ashraf men1ngg4l dunia.

“Alhamdulillah, Pashmina by BCL idea bermula sebelum Alm Ashraf men1ngg4l(kan) kami.

“Alhamdulillah, idea ini kini menjadi realiti,” tulis Dida di ruangan komen.

 

Tambah Dida lagi, Ashraf pergi men1ngg4lkan tiga prinsip teguh untuk keluarga Sinclair meneruskannya.

“Happy, grateful and success in life,” tulisnya.

Bila ditanya netizen tentang produk tersebut, Dida meminta mereka untuk mengikuti Instagram @rumahbcl dan di situ mereka boleh mengetahui lebih lanjut bagaiamana untuk melanggan dan lain-lain.

“The best thing to do is to follow #rumahbcl. You will find out more on how to order, to pay, to wash and to wear.

“With love for BCL and Noah. Banyakkan lah baca Al-Fatihah buat Alm Ashraf ya. Aaminn Aamiin Aamiin yra,” tulis Dida lagi.

Rata-rata netizen ingin membeli pashmina tersebut dan tidak kurang juga yang turut mendoakan agar Bunga mampu berhijrah suatu hari nanti.

allahy4rh4m Ashraf men1ngg4l dunia pada 18 Februari 2020 dan men1ngg4lkan seorang balu, penyanyi dan pelakon terkenal Indonesia, Bunga Citra Lestari dan seorang anak lelaki, Noah.

 

Sumber: Gempak

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*