Penyanyi Alif Satar atau nama penuhnya Muhammad Alif bin Mohd Satar telah menyambut ulang tahun kelahiran ibunya, Hafiza Muhammed yang ke-60 semalam.
Sempena ulang tahun kelahiran ibunya yang tercinta, Alif telah berkongsi isi hatinya menerusi posting yang dimuat naik di laman instagram miliknya sebagai tanda sayang terhadap ibunya.
“Mama dah berusia 60 tahun. Nak tulis kapsyen ni berkali-kali padam sebab tak tahu nak tulis apa, tulis sikit, jantung berdebar nak menangis.
“Apa yang saya boleh kata kan kepada wanita yang telah membawa saya ke dunia, mengajar dan mendoakan saya sehingga menjadi saya yang sekarang.
“Separuh usianya, saya telah bersama dengannya dan apa yang saya dapat sekarang adalah kerana doanya.
“I love you ma… Mama adalah orang pertama yang saya doa ketika solat, semoga Allah memakbulkan kesemua doa saya untuk mama. Happy birthday darling,” tulisnya Alif di ruangan kapsyen.
Perkongsian Alif itu telah mendapat pelbagai respond dari pengikut instagramnya.
Sumber: Ig Alif Satar
Leave a Reply Cancel reply