Empat Bulan Berehat Daripada Media Sosial, Faizal Tahir Rasa Tenang

Penyanyi Faizal Tahir atau nama penuhnya Ahmad Faizal bin Mohammad Tahir mendedahkan bahawa di sudah  empat bulan berehat daripada media sosial. Walaubagaimanapun, tuntutan kerjanya tetap berjalan seperti biasa.

“Dalam empat bulan juga saya berehat daripada media sosial tapi tuntutan kerja tetap berjalan macam biasa. Masa tu saya baru siapkan album Rojak dan tersangatlah letih kerana banyak yang perlu diselesaikan.

“Kebetulan saya tengah berehat sekejap, dapat berita yang tidak seronok apabila pemain gitar terkemuka, Fauzi Samin (Aji) dan pemain bass terkenal tanah air, Kelly men1nggal dun1a. Mereka memang antara tulang belakang dalam kerjaya muzik saya.

“Masa tu memang saya rasa ‘down’ sangat sehinggakan timbul perasaan tidak ingin meneruskan lagi. Tapi disebabkan saya mempunyai pasukan yang bagus, mereka minta saya untuk berehat daripada media sosial buat sementara waktu.

Tambah Faizal lagi, dia rasa lebih tenang dan rasa berbeza apabila media sosial bukan lagi jadi keutamaan baginya.

“Masa saya berehat tu, perasaannya sangat menyegarkan. Dia rasa macam bila dah lama tak mandi, tetiba mandi. Sangat menyeronokkan.
“Tiap hari tak perlu periksa media sosial, tak tahu apa yang terjadi di luar sana.
“Tapi kalau nak berehat pun ada had juga sebab ada benda yang kita nak tahu dan beritahu kepada orang dengan menggunakan medium media sosial.
Itu yang saya muncul semula ketika berada di Syria,” katanya kepada Gempak ketika ditemui di majlis sidang media JOOX di Nicsmann 1940s, Damansara semalam.

Selain itu, Faizal turut menasihati kepada semua pihak supaya berehat sebentar dari media sosia dan rasai sendiri pengalaman baru itu.

“Saya yakin, setiap orang akan terus melihat telefon bimbit setiap kali bangun tidur dan begitu juga saya.

“Sebenarnya itu adalah pengalaman baru yang baik. Kalau boleh, saya nasihatkan kepada semua orang untuk berehat sebentar daripada media sosial. Sangat membersihkan dan menyucikan,” katanya lagi.

 

Sumber: Gempak, Ig Faizal Tahir

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*