Pelakon Elfira Loy atau nama sebenarnya Nurul Elfira Loy binti Ahmad Sabri kini dilihat sibuk menguruskan putera sulungnya, Muhammad Rayyan Khalaf.
Elfira telah mendirikan rumah tangga dengan jejaka pilihannya, Muhammad Faris Khairol Anuar pada 1 Januari 2019 dan dikurniakan seorang cahaya mata yang kini berusia lima bulan.
Terbaharu, Elfira telah memuat naik satu fotonya bertelekung bersama anak serta kitab suci al-Quran.
“Rayyan sayang, terima kasih menjadikan saya seorang yang lebih baik setiap hari. Saya harap bukan kamu sahaja jadi anak soleh tapi saya juga, semoga saya akan menjadi ibu yang solehah kepada kamu.
“Saya harap kamu akan melihat saya sebagai ‘role model’, ibu yang hebat dan seorang yang boleh kamu rujuk.
“Semalam (kemarin) hari jadi saya, saya berjanji kepada diri saya untuk sekurang-kurangnya membaca satu muka surat al-Quran dengan kamu,” tulis Elfira.
Elfira memberitahu dia kini lebih baik selepas kehadiran putera sulungnya pada Oktober tahun lalu.
Tambah Elfira lagi, sempena hari lahirnya yang jatuh pada 8 Mac lalu, dia akan membaca kita suci al-Quran setiap hari.
Entri yang dimuat naiknya itu mendapat pelbagai respond dari pengikutnya. Rata-rara pengikut memuji usaha yang dilakukan Elfira.
Sumber: Ig Elfira Loy
Leave a Reply Cancel reply