Tiada Masa Ke Hospital? Kini Ujian Pengesahan COVID-19 Boleh Dilakukan Di Rumah

Orang ramai kini boleh menjalani ujian COVID-19 di rumah tanpa perlu hadir ke hospital, kata Ketua Pengarah Kementerian Kesihatan (KKM), Datuk Dr Noor Hisham Abdullah.

Menurut beliau, pengambilan sampel itu akan dilakukan oleh pegawai pervbatan dan paramedik swasta yang terlatih dan sampel tersebut kemudian akan dihantar ke makmal untuk dianalisis, lapor Astro Awani.

“Perkhidmatan ini bagaimanapun tertakluk kepada bayaran yang dikenakan oleh pihak swasta terbabit,” katanya pada sidang media di Putrajaya di sini, pada Isnin.

Difahamkan setiap ujian yang akan dikendalikan oleh tiga pegawai pervbatan swasta itu melibatkan kos antara RM600 dan RM700.

Dr Noor Hisham berkata, sekiranya ujian mendapati positif COVID-19, mereka akan dirujuk ke hospital kerajaan.

Buat masa ini jelasnya, KKM mengadakan kolaborasi dengan Bookdoc, Pantai Premier Pathology Sdn Bhd, Lablink (M) Sdn Bhd (KPJ), Qualitas Medical Group Sdn Bhd, Gleneagles Kuala Lumpur, Hospital Pantai Kuala Lumpur, Jospital Pantai Cheras, Hospital Pantai Klang, Hospital Pantai Ayer Keroh, Melaka, Twin Tower Medical centre, KLCC dan DoctorOnCall.

Senarai hospital itu katanya, akan ditambah dari semasa ke semasa.

“Orang ramai boleh mendapatkan perkhidmatan ini dengan memuatnaik aplikasi berkaitan serta melayari laman web syarikat-syarikat berkenaan bagi maklumat lanjut,” jelasnya.

Ditanya mengenai penu1aran w4bak COVID-19 yang dikaitkan dengan suhu, Dr Noor Hisham menjelaskan, COVID-19 tidak dapat bertahan lama sekiranya suhu melebihi 30 darjah Celcius.

“Semasa musim sejuk, v1rus ini akan lebih mengg4nas jika dibandingkan di kawasan panas,” ujarnya.

Dalam perkembangan yang sama, beliau memaklumkan, KKM sedang mempertimbangkan sama ada sekatan kemasukan sementara akan diperluaskan atau sebaliknya.

Buat masa ini katanya, KKM kini sedang memantau rapat penu1aran wab4k tersebut di Amerika Syarikat (AS), Perancis, Sepanyol dan  switzerland.

Sebelum ini Malaysia menyekat sementara kemasukan pelawat dari China, Korea Selatan, Jepun, Itali dan Iran.

 

 

 

Sumber: Astro Awani via Gempak

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*