” Ada yang buat u-turn ke…” – Pernah kehilangan lebih 5 ribu pengikut, Instagram Fizo Omar kini cecah 2 juta pengikut

Sebelum ini, Fizo Omar atau nama penuhnya Wan Hafizol bin Wan Omar mendedahkan dia pernah kehilangan lebih 5,000 pengikutnya gara-gara penangan wataknya dalam sebuah drama.

Terbaharu, pengikut Fizo kini telah mencecah seramai 2 juta pengikut. Pelakon Fizo Omar meluahkan rasa gembira dengan peningkatan tersebut menerusi satu posting di laman instagramnya.

Tambah Fizo lagi, peningkatan jumlah pengikutnya itu dikatakan didorong oleh wataknya dalam Drama Maaf Tak Indah.

“2 juta pengikut guys! Terima kasih untuk angka itu, peminat, pengikut, penyokong, keluarga dan rakan-rakan.

“Penangan Maaf Tak Indah bawa watak Jai ramai pula yang suka dan mula ikut berbanding dengan watak Ikram dalam Adella Sofea siap banyak unfollow lagi.

“Apapun, terima kasih guys kerana menyokong dan nantikan lebih banyak program dalam media sosial tak lama lagi,” ujarnya.

e

 

Ternyata entri yang dimuat naik tersebut mendapat pelbagai respond dalam kalangan pengikutnya.

 

 

Sumber:  Ig Fizo Omar

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*