Sebelum ini, Mira Filzah atau nama sebenarnya Nur Amirah Filzah Badioezaman pernah mengakui bahawa dia sedang berkawan dan mengenali hati budi seorang lelaki yang bukan dalam kalangan penggiat industri hiburan.
Namun begitu, Mira masih tetap dengan pendiriannya mengunci mulut daripada mengulas mengenai identiti kekasihnya.
Terbaharu, instagram milik Wan Emir Astar atau Emir yang merupakan anak kepada Ahli Parlimen Kuala Kangsar, Datin Mastura Mohd Yazid telah menjadi perhatian netizen apabila dia memuat naik sekeping foto yang dikatakan mirip pelakon paling popular iaitu Mira Filzah bersama kapsyenya:
“Di depan mahupun di belakang tabir, dalam apa jua situasi, suatu cahaya yang berkilauan, terus bergemerlapan menerangi naluri.
Di sebalik senyuman dan air mata, adanya kasih dan nadi kekuatan, sentiasa memberi dan tidak tahu erti henti.
Ciptaan-Nya yang tak terganti luar biasanya.
Selamat Hari Wanita Sedunia
#internationalwomensday” – tulis Emir di instagramnya.
Walaubagaimapun, tidak dapat dipastikan sama ada perempuan dalam gambar tersebut adalah Mira Filzah atau bukan kerana foto berkenaan tidak jelas, namun rata-rata pengikut Emir yakin lantas ‘memetik’ nama Mira di ruangan komen itu.
Mira juga sering kali dilihat meninggalkan komen di ruangan foto Emir yang dimuat naik kepada umum.
Sumber: Gempak, Ig Wan Emir Astar, Ig Mira Filzah
Leave a Reply Cancel reply