“Sebelum ini tak terfikir nak kahwin sebab…” – Ditanya soal kahwin ini jawapan Dayang Nurfaizah

Bila usia semakin meningkat, seseorang itu tidak dapat lari ditanya soal perkahwinan. Begitu lah persoalan yang menimpa penyanyi popular, Dayang Nurfaizah sejak kebelakangan ini yang sering kali ditanya soal perkahwinan.


Jadual harian yang sibuk merupakan salah satu faktor Dayang belum membuat keputusan untuk menamatkan zaman bujangnya.

“Sebelum ini saya tak terfikir untuk kahwin sebab sibuk dengan kerja. Kerjaya seorang penyanyi bukan seperti orang bekerja di pejabat, waktu kerjanya sangat berbeza.


“Selain itu, kerja saya juga sentiasa berada di mata peminat, kadang-kadang ada rasa tertekan dan takut tersalah pilih pasangan.

“Saya faham orang akan selalu tanya sebab saya perempuan, kadang-kadang rasa sedih juga apabila ditanya sebegitu,” jelas Dayang kepada Gempak.

Walaubagaimanapun, soal jodoh Dayang mahu berserah sepenuhnya kepada Tuhan.


“Saya menyerahkan soal jodoh ini sepenuhnya kepada Tuhan, sudah tentu saya mengharapkan yang terbaik untuk diri saya, mungkin sebelum ini keadaan tidak mengizinkan,” ujarnya lagi.

Sumber: Gempak, instagram Dayang Nurfaizah

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*