Makin Cengkung, Naz Rahman Mahu Rahsiakan Penyak1t Seperti Chadwick Boseman

Pengacara rancangan Jalan Jalan Cari Makan, Naz Rahman menyifatkan kisah hidupnya hampir sama dengan mend1ang Chadwick Boseman.

Kata Naz, selepas 15 tahun mender1ta ganggvan saraf tunjang termampat, dia akhirnya terpaksa berkongsi kisah hidupnya itu apabila terpaksa menjalani pembed4han kali ke-10 pada Mac lalu.


“Sebenarnya apa yang dialami oleh mend1ang sebenarnya hampir sama dengan saya. Kalau boleh memang saya cuba nak rahsiakan mengenai peny4kit ini.

“Dia tidak memaklumkan pun kepada sesiapa tentang penyak1tnya. Sama seperti saya… tapi apabila ada yang tahu saya pula kena mak1.

“Saya betul-betul tak nak susahkan orang bila orang simpati semangat kita kurang. Alhamdulillah saya syukur dengan sokongan keluarga serta peminat sekarang,” katanya kepada Gempak.

Risau akan nasib kerjaya seandainya berkongsi perihal penyak1t terbabit, Naz nekad untuk tidak akan bercerita lagi tentang hidupnya kepada umum selepas ini.


“Pada masa akan datang pun kalau ditakdirkan saya mender1ta penyakit lain, saya rasa lebih selesa untuk merahsiakannya kerana tak mahu ia menjadi punca kesedihan orang.

“Baik keluarga, teman-teman atau peminat, saya mahu dikenang sebagai seorang yang ceria sahaja sama seperti apa yang dilakukan oleh ‘Raja Wakanda’ tersebut,” tambahnya.

Naz kini sedang menjalani proses fisioterapi selama setahun lebih selepas menjalani pembed4han pada Mac lalu.

Boseman yang pernah membintangi filem Black Panther itu men1nggal dun1a akibat k4nser kolon.

 

 

Sumber: Gempak, Ig @nazrudinrahman

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*