Penyanyi dan pelakon Naim Daniel menyambut ulang tahun kelahirannya yang ke-23 pada Rabu, 9 September.
Menerusi laman sosial Instagram, Naim memuat naik sebuah video meniup lilin dan memotong kek ulang tahunnya untuk tatapan umum.
“09/09/2020 – Terima kasih atas doa-doa kalian pada hari lahir saya hari ini. Terima kasih berjuta. Semoga Allah meme1uk kalian dengan contaNya sentiasa,” tulisnya menerusi ruangan kapsyen.
Tambah istimewa pada hari ulang tahunnya, Naim turut memperdengarkan sedikit lagu terbarunya berjudul Purnama yang mula diputarkan di radio Hot FM pada malam tadi.
“Try buka radio Hot FM malam ni, kita saja nak bagi korang dengar lagu #purnamanaim hehe,” ujarnya lagi.
Menjengah ke ruangan komen, ramai rakan selebriti dan wargamaya menitipkan ucapan hari lahir pada juara Anugerah Juara Lagu ke-34 itu.
Malah, tidak kurang juga yang berasa kasihan melihat Naim meraikan ulang tahunnya secara bersendirian.
Sumber: Gempak, Ig @naimdanielx
Leave a Reply Cancel reply