“Kadang2 Ayat Lelaki Ni Dia Bagi Kias…”- Berbalas Komen, Netizen Usik Zulin Aziz Dan Ikhlas Jalil

Sejak kerjasama mereka menerusi satu rakaman video yang dikongsikan awal sambutan hari raya baru-baru ini, selebriti serba boleh Zulin Aziz dan pelakon Ikhlas Jalil semakin menjadi perhatian warganet.

Sehingga kedua-duanya juga menerima pelbagai persoalan dan netizen mulai berteka-teki dengan hubungan mereka.

Pun begitu, Zulin Aziz dan Ikhlas Jalil telahpun memberikan penjelasan mengenai hubungan mereka dimana mereka hanya sekadar berkawan. Pun begitu, orang ramai tetap mendoakan jodoh mereka kerana dikatakan sangat sepadan.

Kelmarin pula, satu perkongsian foto di Instagram Zulin Aziz mendapat pelbagai reaksi orang ramai. Apatah lagi, pelakon lelaki itu juga sempat meninggalkan komen kepada fotonya ini.

Seperti sedia maklum, Zulin Aziz kini dilihat semakin kelihatan berbeza sehingga rata-rata peminat dan followers semakin seronok mengikutinya dilaman sosial ini sehingga terbaru juga, dia meraih 2 juta pengikut.

Mungkin juga, ini penangan drama Zulin Aziz yang sering menghiburkan orang ramai dan dia juga menjadi inspirasi buat para wanita diluar sana kerana berjaya menurunkan berat badan sekali gus membuatkan dia semakin menjadi perhatian warganet.


Selain dipuji kecantikannya mengayakan bawal dan mengenakan makeup sebegitu, komen Ikhlas Jalil juga mencuit hati peminat apabila dia berselor0h dengan gelas minuman disebelahnya itu.

Namun bagi peminat, ia seperti bayangan untuk mengisi ruangan hatinya dan ternyata komen berkenaan membuatkan rata-rata mengusik kedua-dua selebriti ini.

“Kenapa x isi lagi air sirap i buat…”

“Kenapa i baca dengan deep…”

 

 

Sumber :Instagram zulin _aziz/Viral Kami Press via Berita Steady Media

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*