Ibu Arw4h Ashraf Sinclair Lukis Bunga Lili Kuning Untuk BCL, Adakan Tahlil Menerusi Aplikasi Zoom

Ibu kepada Allahyarham Ashraf Sinclair, Khadijah Abdul Rahman melukis foto bunga lili berwarna kuning yang berada di pusara anak lelaki kesayangannya.

Menerusi Instagram (IG) miliknya, Khadijah atau dikenali sebagai Dida menyatakan lukisan yang diwarnakan itu dihadiahkan kepada menantunya, Bunga Citra Lestari (BCL) sebagai tanda ingatan memandangkan waktu sekarang mereka tidak dibenarkan untuk menziarahi pus4ra Allahy4rham.

“Saya melihat bunga lili kuning ini di pus4ra awak. Saya lukis dan mewarnainya, untuk Bunga.

“Oleh kerana kami tidak dapat menziarahi awak kerana ‘lockdown’, sekurang-kurangnya saya harap lili manis ini akan selalu mengingatkan kita pada awak. Rehat dengan tenang. Amin,”tulisnya.

Dalam pada itu, Dida mendedahkan sempena 100 hari pemergian arwah Ashraf, mereka sekeluarga bersama-sama membuat tahlil di rumah menggunakan aplikasi Zoom.

“100 hari telah berlalu. Ashraf, kami merindui awak. Alhamdulillah, kami mempunyai kumpulan kecil membaca yasin dan tahlil melalui Zoom.

“Ia cantik dan merendah diri. Saya percaya awak juga bersama kami. Assalamualaikum. Al-Fatihah,” tulisnya lagi.

Dida setia menemani BCL dan cucunya, Noah Sinclair yang menetap di Indonesia sejak hari pertama arwh men1ngg4l dunia.

Terdahulu, suami BCL, Ashraf telah dilaporkan men1ngg4l dunia akibat ser4ngan jantung kira-kira pukul 4.00 pagi (waktu tempatan) pada 18 Februari lalu.

Allahy4rham telah dikebvmikan di kompleks pemak4man San Diego Hills, Karawang, Jawa Barat, Indonesia.

Allahy4rham meninggalkan seorang balu dan anak lelaki bernama Noah berusia 10 tahun.

 

 

 

Sumber : Gempak via Soya Lemon

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*