Isteri Buat Raffi Ahmad Cembvru Sampai Menangis

Pengacara terkenal Raffi Ahmad dan pelakon Nagita Slavina telah mendirikan rumah tangga pada 17 Oktober 2014.

Pasangan itu dikurniakan seorang cahaya mata lelaki bernama Rafathar Malik Ahmad yang kini berusia lima tahun.


Terbaharu, Nagita Slavina secara tidak sengaja telah membuatkan suaminya Raffi Ahmad menangis gara-gara cembvru melihat isterinya berhubung dan bertemu dengan beberapa lelaki.

Memetik laporan Liputan6, Nagita tidak menyangka Raffi akan berasa cembvru terhadap lelaki lain memandangkan sebelum ini suaminya tidak pernah menunjukkan sikap tersebut.

Raffi beranggapan orang menghubungi Nagita itu adalah lelaki-lelaki yang cuba mendekati isterinya namun ia hanyalah salah faham antara mereka.

Rupa-rupanya tujuan Nagita berhubung dan bertemu dengan beberapa lelaki tersebut secara rahsia kerana ingin memberi kejutan istimewa iaitu hadiah jam tangan berjenama untuk Raffi.

Kejutan tersebut membuatkan Raffi berasa terharu dan terus memeluk isterinya serta mengucapkan terima kasih kerana pemberian hadiah itu.

 

Sumber: Mstar, Ig @raffinagita1717

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*