“Mata Mak Semakin Kabur, Kerap Menangis Selepas Pemerg1an Abam” – Ali Puteh

Ramadan tahun ini berbeza bagi keluarga Ali Puteh selepas pemerg1an Allahy4rham Abam Bocey sekitar dua bulan lalu.

Berkongsi mengenai keadaan kesihatan ibunya, Sabaria Arshad, kata Ali, penglihatan ibunya semakin kabur dan kakinya membeng kak.

“Sebelum ini, emak ada masalah kaki sehingga terpaksa dibe dah. Sekarang, penya kit lamanya datang kembali. Kaki menjadi beng kak sehingga terpaksa duduk di kerusi roda setiap masa.

“Penglihatan emak juga semakin kabur akibat kero sakan kornea. Mungkin ini berpunca apabila dia kerap menangis selepas pemerg1an arw4h.

“Sebelum ini, arw4h kerap membawanya ke hospital untuk rawatan mata. Insya-Allah selepas arahan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) tamat, saya akan membawa emak berjumpa doktor,” katanya kepada BH Online.

Selain itu, Sabariah juga kerap termenung setiap kali sebelum tiba waktu iftar.

“Bukan emak sahaja, kami sekeluarga rindu kehadiran arw4h terutama pada bulan Ramadan.

“Setiap kali Ramadan tiba, kami adik-beradik berkumpul di rumah arw4h untuk berbuka. Kebetulan emak tinggal bersama abang. Apabila berkumpul, memang terasa kemeriahannya.

“Namun, semua tinggal kenangan. Tahun ini, memang terasa janggal kerana kurang seorang dalam anggota keluarga kami. Apabila tiba waktu berbuka puasa, bagaikan terbayang arw4h ada bersama.

“Melihat emak yang sentiasa termenung, lagilah sed1h. Apa yang boleh saya katakan kepada emak hanyalah meminta dia mendoakan kesejahteraan arw4h dan reda dengan apa yang berlaku,” tambahnya.

Abam atau nama sebenarnya Syed Umar Mokhtar Syed Mohd Ridzuan menghembuskan nafas terakhir di kediamannya di Gombak pada 10 Februari lalu akbat dem4m panas.

 

Sumber: BH Online via Gempak

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*