Terdahulu, pelakon Mia Ahmad atau nama sebenarnya Samihah Ahmad Baderi, telah selamat melahirkan anak keduanya pada 18 Jun lalu di sebuah pusat perubatan swasta.
Mia telah mendirikan rumah tangga dengan Izham pada 13 Januari 2017.
Hasil perkongsian hidup, merekadikurniakan anak sulung, Sayf Issa pada 28 September 2018.
Terbaharu, selepas 10 hari bersalin, pelakon Mia Ahmad mendedahkan nama cahaya mata keduanya kepada umum.
Mia telah memilih nama Iris untuk diberikan kepada bayi perempuannya yang lahir pada 18 Jun lalu.
“Here we grow again! Assalamualaikum semua! Meet our babygirl, Iris Binti Mohd. Izham Tarmizi,” kongsinya menerusi satu entri di Instagram.
Dalam posting tersebut, Mia turut memuat naik gambar dirinya bersama bayi perempuannya itu buat pertama kali.
Perkongsiannya itu telah mendapat perhatian daripada pengikutnya dimana rata-rata pengikut memuji pemilihan nama Iris sebagai satu nama yang cukup indah.
Sumber: Gempak, Ig @mia.ahm4d
Leave a Reply Cancel reply