Penyanyi Elizabeth Tan menarik perhatian ramai apabila menggayakan busana baju raya biarpun Ramadan baru memasuki hari keenam.
Namun, apa yang lebih mencuit hati, baju itu dipakai hanya untuk keluar rumah bagi membuang sampah.
Elizabeth atau mesra disapa Lizzy memuat naik rakaman video gelagatnya itu menerusi satu posting di Instagramnya, semalam.
Hari ini Lizzy buang sampah version raya pula.
“Macam ni ok tak,” katanya sebagai kapsyen
Perkongsiannya itu mendapat pelbagai reaksi daripada pengikutnya. Rata-rata memuji kecantikan penyanyi tersebut.
Anda boleh lihat antara komen melucukan mereka di bawah.
Sumber: Gempak, @elizabethtsm
Leave a Reply Cancel reply