Naim Daniel baru sahaja membeli rumah pertamanya dan ini tidak bermaksud dia ingin menamatkan zaman bujangnya dalam masa terdekat. Lagu ciptaan Naim dan Omar K, Sumpah telah dinobatkan sebagai juara Anugerah Juara Lagu ke-34 (AJL34) baru -baru ini.
Naim atau nama sebenarnya Muhammad Naim Daniel Baharin, 23, belum mempunya perancangan ke arah mendirikan rumah tangga kerana dia mahu fokus kepada kerjayanya.
“Alhamdulillah, rumah itu saya memang beli untuk diri sendiri sebab rumah keluarga sudah ada di Melaka.
Sebelum ini Naim telah memuat naik foto rumah baharunya di instagram dan meluahkan rasa syukur atas rezeki dapat membeli kediaman pertamanya.
Pada masa yang sama, Naim turut berkongsi tips bagaimana dia menguruskan kewangannya sehingga berjaya memiliki sebuah rumah.
“Sejujurnya saya rasa sangat gembira dan teruja kerana dapat berbelanja terhadap sesuatu yang besar seperti aset rumah ini.
“Namun sebenarnya semua bergantung kepada bagaimana cara kita mengurus kewangan.
“Daripada dulu lagi saya memang suka menyimpan duit. Sebaiknya pada usia muda kita mula menabung kerana ia merupakan bekalan untuk hari yang akan datang apabila kita memerlukannya,” ujarnya.
Dalam masa yang sama, Naim tidak menyangka dia akan menerima penghargaan daripada Dewan Bahasa dan Pustaka (DBP) atas penggunaan tulisan jawi dalam video muzik lagu terbaharunya, Sembah.
“Sebenarnya saya sendiri tak sangka akan dapat penghargaan. Namun apabila diberi penghargaan sebegini, ia membuatkan kita lebih bersemangat untuk keluarkan karya yang lebih bagus di masa depan.
“Bagi saya, penggunaan tulisan jawi itu sedikit sebanyak dapat membantu peminat belajar sesuatu yang baharu,” katanya.
Sumber: mstar, instagram Naim Daniel
Leave a Reply Cancel reply