Siapa tidak kenal pasangan romantik Siti Sarah Raissuddin dan suaminya, Shuib Sepahtu yang sering kali berkongsi kemewahannya di laman sosial. Namun begitu, Siti Sarah menafikan sikap suaminya gemar menunjuk kemewahan, sebaliknya ia hanyalah sekadar perkongsian.
Memetik daripada laporan Hlive, Sarah menjelaskan tujuan sebenar mereka berkongsi kemewahan tersebut adalah sebagai sumber inspirasi kepada para peminat.
“Apa yang kita lakukan sebagai selebriti, peminat mesti akan ada pendapat masing-masing. Macam Shuib kongsi gambar kereta, sebab dia ada kedai kereta. Kita bukan nak menunjuk-nunjuk.“Benda ni sebenarnya lebih kepada berkongsi.
Kita kalau nakkan sesuatu tu, kena berusaha. Ramai juga yang rasa terinspirasi dengan apa yang Shuib ada sekarang ni, Alhamdulillah,” jelas Sarah lagi.
Sarah juga turut memberitahu bahawa dia mahu membuka peluang perniagaan kepada orang ramai di luar sana yang mahu menjana pendapatan.
“Saya sebagai selebriti merasakan inilah masanya saya tolong juga orang yang dekat luar membuka peluang perniagaan kepada orang ramai yang nak menjana pendapatan dan capai matlamat mereka.
“Saya sendiri pernah terbaca komen yang menyatakan mereka sangat bangga dengan pencapaian Shuib untuk dia sampai ke satu tahap, bukanlah satu perkara yang mudah.
“Rezeki tidak akan datang bergolek jatuh daripada langit terus ke tapak kaki kita,” katanya lagi.
Sumber: gempak, instagram Siti Sarah Raissuddin
Leave a Reply Cancel reply