Jihan Muse atau nama sebenarnya Nuur Jihan binti Musa merupakan seorang pelawak, pelakon dan pengacara popular di Malaysia. Jihan telah berkahwin dengan Ungku Hariz pada 20 Mac 2016 dan mereka dikurniakan seorang cahaya mata pertama, Ungku Arsalan Haq pada 25 Januari 2018.
Terbaharu, Jihan telah memuat naik status di laman instagramnya di mana dia memohon maaf kerana tidak dapat hadir ke sidang media Anugerah MeleTOP Era (AME2020).
Jihan memaklumkan bahawa anaknya Ungku Arsalan Haq masih ditahan di wad kerana agak kurang sihat.
“Masih lagi di sini hari ini. Minta maaf team #AME2020 saya tak dapat bersama-sama untuk pc hari ini.
“All the best to you all dan tahniah untuk semua yang tercalon top 5.
“Doakan anakanda cepat sihat dan mak bapaknya pun sihat jua,” tulis Jihan.
Terdahulu, Jihan, Nabil Ahmad dan Alif Satar telah diumumkan sebagai pengacara Anugerah MeleTOP Era (AME2020) tahun ini.
Leave a Reply Cancel reply