Siapa tidak mengenali pelakon Rozita Che Wan atau lebih dikenali dengan panggilan Che Ta kini akui sudah bersedia untuk membawa watak nenek selepas mengggalas watak dalam drama Family Spy.
Tambah Che Ta lagi yang kini berusia 46 tahun, dia menerima tawaran watak Mak Roz dalam drama komedi itu kerana watak itu bersesuaian dengan penampilan dan usianya kini.
“Saya dah bersedia jadi nenek dalam lakonan tapi saya akan melihat juga pada kesesuainnya.
“Walaupun watak Mak Roz adalah nenek tetapi dia seorang yang bergaya dan tangkas kerana bekas per1sik antarabangsa.
“Lagipun, watak ini memerlukan banyak tenaga kerana ada babak aksi dan pertarungan. Jika guna pelakon veteran, takut mereka tak larat pula,” ujarnya kepada Gempak.
Dalam masa yang sama, Che Ta turut menegaskan dia tidak akan menerima sebarang tawaran yang memerlukan dirinya bersolek supaya kelihatan tua. Ini kerana pada pendapat Che Ta watak tersebut seharusnya diberi kepada pelakon yang sesuai terutamanya artis veteran.
“Kenapa harus saya ambil watak yang memerlukan muka disolek menjadi tua? Pada saya lebih baik bagi saja kepada pelakon veteran yang ada.
“Kalau tidak, nanti pelakon veteran kita yang ada nak lakonkan watak apa? Bukan apa, bila saya ambil karakter yang terlalu tua, kasihan pelakon veteran tak dapat tawaran pula,” jelasnya lagi.
Sumber: Gempak. instagram Rozita Che Wan
Leave a Reply Cancel reply